Friday, November 11, 2016

PANNA COTTA MIN KAFFE DENGAN KEPINGAN KACANG HAZEL


Panna Cotta Min Kaffe, Resipi Panna Cotta Min Kaffe, Min Kaffe, Agen Min Kaffe, Agen Min Kaffe Kajang, Agen Min Kaffe Bangi, Agen Min Kaffe Putrajaya, Agen Min Kaffe Nilai


Bahan-bahan untuk Panna Cotta :
Serbuk gelatin,2,sudu kecil
Air,60,ml
Krim masakan,935,ml
Gula aising,150,gm
Esen vanilla,1,sudu kecil
Hai-O Min Kaffe,2,paket

Bahan - bahan untuk kepingan kacang Hazel
Gula kastor,1,cawan
Air,1/4,cawan
Hirisan Kacang Hazel,60,gm

Bahan -bahan untuk Krim putar :
Krim putar,200,ml
Gula aising,1,sdk

Cara penyediaan Panna Cotta :

1. Campurkan gelatin dengan 60ml air dan biarkan selama 5 minit.
2. Masukkan krim, gula aising, esen vanilla dan Min Kaffe ke dalam periuk dan kacau dengan api sederhana perlahan hingga larut.
3. Masukkan campuran gelatin, perlahankan api dan kacau hingga gelatin larut.
4. Setelah itu angkat dan tapiskan ke dalam jug.
5. Tuangkan campuran tadi ke dalam gelas atau acuan.
6. Sejukkan lebih kurang 6 jam atau semalaman.

Cara membuat Kepingan Kacang Hazel:

1. Panaskan gula dan air di dalam periuk dengan menggunakan api perlahan
sehingga gula bertukar warna.
2. Kemudian, masukkan kacang hazel cincang dan pusing-pusingkan kuali supaya ia melekat rata dan sebati bersama gula.
3. Kemudian tuang ke atas kertas pembakar/penyerap.
4. Biarkan sejuk.

Cara membut krim putar:

1. Putar krim dan gula aising menggunakan pengisar elektrik. Mulakan dengan kelajuan rendah dan naikkan kelajuan secara perlahan-lahan sehingga mencapai tahap 'soft peak' apabila krim baru sahaja mencapai tahap “melekap (just cling)” iaitu krim masih melekat pada pengadun apabila pengadun diangkat.
2. Masukkan krim putar ke dalam beg paip bermuncung Bintang.

Untuk menghidang :

Paipkan krim putar ke atas panna cotta dan taburkan kepingan kacang
hazel atasnya.


 
 Facebook : Azniza Arshad | Instagram : @aznizaarshad 
 Whatsapp : 012.296.9042

No comments:

Post a Comment