Premium Beautiful Corset by Azniza Arshad

Premium Beautiful Corset by Azniza Arshad

Wednesday, August 5, 2015

Syawal 2015!

As Salam Ols. 

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin ;)
*Lambat post entry raya walhal dah draft since 11 Syawal yang lalu*

So, lets throwback cerita raya Niza and family tahun ni. 

***

2015, kalau diikutkan... turn Niza and family beraya di Nilai Impian. 
Memandangkan husband Niza masih bekerja hari Khamis, 
Niza dan anak-anak gerak dulu dari rumah ke Nilai pada malam Rabu tu. 
So, sempatlah berpuasa sehari di rumah mak.....  



Tiba di Nilai, family abang dari JB dah ada. 
Apelagi, meriah dan sakan lah persidangan meja bulat tahun ni yang dihadiri oleh 
Hadif, Haris, Faheem, Luqman dan Sofeea. ;)

Tibanya malam raya, selesai masak... kami adik beradik sekali dengan mak abah 
layan anak-anak /anak buah main bunga api dan mercun. Seronok weh, bila dapat layan setahun sekali. Mujur abang tak bawak balik meriam buluh :p

Lampu strawberi yang kiut. Sapa yang beli? Ayah den la. haha

Close up lampu comel ni. Cari kat KL, tapi tak jumpa. 

Husband yang semangat main bunga api. 

Anak sulung niza; Hadif penakut la pulak nak pegang bunga api tu, padahal geng yang lain relaks je :D

Posing skit :)

Haris dan Sofeea 
 
Tangan siapa lah ni yea :p

*****

Our first day of Hari Raya... 


Masa nak salam tu la, nak pandang kamera ...

Husband punya turn, sekali muncul si kecik

Si kecik Haris buat perangai..


Family photo. Eh, apesal ada seat kosong disitu?

Incomplete sebab adik Niza and her family beraya sebelah mertua dulu. 
So. adik lelaki filled up the place lar.

Our free style. Mood masing-masing tengah baik. 
Alhamdulillah takda drama swasta ..hehe

Maksu and the kids. 

Haa. baru muncul adik Niza from Gombak. 
5 siblings...now all completed. Tapi takde photo ramai-ramai.

End of day 1 - tukar tudung sebab dah penat ber shawl bagai. 

*****

Kami beraya di Nilai sampai raya ke 4... makan minum tidur. 
Haihhh, tak leh jadi ni.... hari Selasa kami pun gerak ke Taiping.... sambung beraya :)

Selfie dulu... 

Kasi can lah belanja wefie dengan encik husband.

Heading to North, the road was clear. 
At the opposite way, jalan sangat jem, Huhu.

It tooks about 3 hours from Nilai untuk sampai Taiping. 
Terubat rindu opah-opah pada cucunya di bulan Syawal ni. 
Syukur la tahun ni berkesempatan beraya at both side. 

Opah-Haris-Hadif-Opah Nyah. :)

Such a short trip, Khamis tengahari kami dah balik ke KL. sebab esoknya nak ke JB pula.
Jalan-jalan sakan noooo. Lepas utara, selatan pulak.

Jumaat pagi, kami heading to South. Singgah Muar dulu lawat Tok Non.
Alhamdulillah Tok Non dan Tok Ibrahim masih sihat. Ni je la pangkat nenek belah Johor yang masih ada... Ralat juga sebab tak sempat ke Batu Pahat sebab nak ke JB kan.....
Sementara kat rumah Tok Non, abah dan husband sempat lah tunaikan solat Jumaat kat sana.
Then..hujaannnn..........

Dalam kul 3.30 petang camtu... kami teruskan perjalanan ke JB. Alhamdulillah cuaca pun ok 
dan kami tiba di Bandaraya JB dengan selamat.

*Lama sungguh tak ke JB ni weh*

Di JB, awal-awal kami dah plan.. nak duduk rumah abang je. Takyah menginap hotel bagai.
Kalau sempat, nak juga menyinggah Legoland. Tapi apakan daya.

Badan masih penat travel 
dari utara-selatan-utara-selatan balik....
Cuma berkesempatan singgah Danga Bay, Hutan Bandar dan jalan-jalan tengok lampu-lampu di Bandaraya JB malam tu. Okay la jugak kan :)

Myself at park Hutan Bandar... 
*Orang jogging pakai tracksuit... niza pakai skirt... layan je la*

On the next day, abang niza and his family bagi kitorang special treatment. 
Belanja kami makan seafood kat Gelang Patah. Foods were Not bad!
Disitu disediakan surau yang sangat selesa. So mudah la kami nak solat Maghrib sekali. 

Happy faces sementara tunggu foods :)

With my lil hero. Muka takdak senyum.

Ni la budak comey; anak abang Niza. Luqman. 
Terbayang karenah dia sampai ke hari ni. Rindu!

****** 

Alhamdulillah for a short vacation sambil beraya.
Siap dapat balik ke rumah mak mertua, dan lajak sampai ke JB....


  

 Facebook : Azniza Arshad | Instagram : @aznizaarshad 
 Whatsapp : 012.296.9042

No comments:

Post a Comment