Premium Beautiful Corset by Azniza Arshad

Premium Beautiful Corset by Azniza Arshad

Sunday, June 15, 2014

Umrah dan Ziarah 2014

Umrah dan Ziarah 2014

Pada 15hb - 26hb May yang lepas, 
Niza dan beberapa ahli keluarga berpeluang mengerjakan umrah dan ziarah di 
Kota Madinah dan Mekah.

Syukur Alhamdulillah, perjalanan pergi dan balik; penginapan, ibadat juga ziarah kesemuanya berjalan dengan lancar.

Sedikit catatan untuk Niza kongsi dengan u olls k :) 

Ziarah dan Umrah, Azniza Arshad, Umrah 2014, KLIA, Mekah, Madinah
Bergambar kenangan di KLIA sebelum berlepas ke Jeddah.

15hb May (Khamis) ; 
8.00 am : Bertolak dari rumah mak di Nilai Impian.
10.00 am : Berkumpul dan prepare untuk check in.
12.40 pm : Kapal terbang mula berlepas ke Jeddah.

5.00 pm : Tiba di Jeddah (waktu Malaysia 9pm).
Tunggu untuk dapatkan bagasi hampir beberapa jam. 
Jadi, kami sekeluarga bersolat Asar, Maghrib dan Isya' di airport Jeddah.

Sekitar jam 11.00 pm, baru selesai urusan bagasi. 
Naik bas dan menuju ke Kota Madinah. Perjalanan mengambil masa beberapa jam lagi.
Kami tiba di Madinah jam 3.00 am (Waktu Malaysia 7.00 am).
Bersiap untuk solat Subuh di Masjid Nabawi.

Aktiviti di Madinah,
Solat di Masjid Nabawi. 
Berkesempatan juga untuk berdoa dan solat di Raudhah dan beberapa tempat lain yang mustajab.
Mutawif juga ada membawa kami ke tempat-tempat bersejarah di zaman Nabi dan para sahabat baginda. 

16hb May (Jumaat) 
Menziarahi Makam rasul, Para sahabat, Raudhah, Perkuburan Baqi' yang didalamnya terdapat makam Saidina Uthman, Imam Malik dan lain-lain.

17hb May (Sabtu)
Menziarahi ke tempat bersejarah di sekitar Kota Nabi seperti Lapangan Terbang Uhud, Masjid Qiblatain, Masjid Quba', Masjid Tujuh dan ladang kurma.

18hb May (Ahad)
Menziarahi bukit magnet, dan bersolat di atas padang pasir.

Empat hari di Kota Madinah, hari ke lima kami bertolak ke Kota Mekah bagi menunaikan
ibadat Umrah. 

19hb May (Isnin)
Sebelum berangkat, kami melakukan ziarah Wada' dan bermiqat di Bir Ali.
setelah berniat, maka bermula lah pantang larang ihram.
13 kesemuanya.

Perjalanan  dari Madinah ke Mekah mengambil masa beberapa jam. 
Alhamdulillah.. setiba di Kota Mekah...
 terpandang Menara Jam berdiri kukuh di hadapan Masjidil Haram.
Perasaan masa ni bercampur-baur.

Selesai check-in dan bersolat di Masjidil Haram,
 kami pun memulakan Umrah kami pertama 
(umrah yang wajib).
Dan buat pertama kalinya Niza dapat melihat Kaabah yang nyata dihadapan mata.

Allahuakbar. 
-Sebak-

Kami selesaikan tawaf 7x pusingan - seterusnya Saie 7x - dan bertahallul.
Ambil peluang untuk berdoa sepuas-puasnya sepanjang melakukan umrah.
Syukur, Ibadah Umrah wajib selesai dengan izinNya.

The next days, rutin yang sama.. berziarah ke tempat-tempat sejarah dan menunaikan umrah lagi bagi siapa yang mampu.

21 May (Rabu)
Kami menziarahi tempat bersejarah di Mekah seperti Jabal Thur, Padang Arafah, Mina, Jabal Nur dan akhir sekali ke Jaaranah untuk bermiqat dan niat umrah. 

Untuk perjalanan kali ini, Niza dapat selesaikan 3x umrah ; itupun bagi menampung kembali andai ada kekurangan pada umrah Niza yang pertama.

Hari terakhir.
Tawaf Wada' (tawaf selamat tinggal).
Selepas makan tengahari, kami berkemas dan menaiki bas menuju ke lapangan terbang Jeddah. 

Check in bagasi.

Sekitar jam 8.05 pm, kami mula menaiki pesawat untuk pulang ke Malaysia.

26hb May; (Isnin) : 10.30 am - tiba di KLIA 

******

Maaf di atas catatan yang serba ringkas. 
Hanya ini yang termampu Niza kongsikan dengan semua. ;)

salam ukhwah.

 
Facebook : Azniza Arshad | Instagram : @aznizaarshad 
 Whatsapp : 017.217.0783 | Call/sms : 012.296.9042 

No comments:

Post a Comment