Premium Beautiful Corset by Azniza Arshad

Premium Beautiful Corset by Azniza Arshad

Wednesday, March 19, 2014

Motivasi diri - Bila kita semakin tercabar,kita semakin kuat !



Seseorang yang positif berperibadi kuat seumpama besi waja; semakin dibakar oleh keadaan, semakin menghadapi cabaran hidup, semakin teguh melayari kehidupan. Seseorang yang berperibadi lemah, laksana timah atau lilin; apabila terkena api, hancur lebur. Apabila terketuk oleh cabaran, berkecai!

Mentor saya, Tun Dr. Mahathir Mohamad banyak memberi contoh yang cemerlang kepada kita semua. Lagi banyak masalah yang dihadapi, lagi bertambah kuat beliau. Seperti gam "exhaust pipe", semakin kepanasan, semakin keras mencengkam! Orang lain sudah habis dan gawat idea, beliau keluar pula dengan idea yang mengejutkan! 

Tetapi, apabila kita berfikiran negatif. Kita akan sentiasa mencari pelbagai alasan, mengatakan yang itu tak boleh, yang ini tidak kena. Salah orang itu..salah orang ini. Dan akhir nya kejayaan yang anda inginkan tidak kesampaian. Kerana terdapat banyak sangat halangan di dalam minda.

Semakin menghadapi cabaran hidup, dugaan, 
ujian kritikan semakin teguh kita rasakan. 
Bagaimana caranya nak jadi diri anda positif?

Pertamanya, anda kena jadi diri sendiri sepenuhnya. Anda kena bersikap baik sepenuh masa, bercakap baik-baik, bersangka yang baik-baik dan berkata yang baik-baik dalam hati Anda, walaupun suasana di luar nampak buruk.

InsyaAllah sikap yang beterus-terusan begini menghasilkan kuasa minda yang cukup kuat, semakin anda tercabar, semakin kuat dan gagah diri anda!

Allah membantu mu…

Credit : Facebook Datuk Dr Maznah Hamid

motivasi, motivation, kata-kata motivasi, cabaran kehidupan, datuk dr maznah hamid, quotes, words


 


 Facebook : Azniza Arshad | Instagram : @aznizaarshad 
 Whatsapp : 017.217.0783 | Call/sms : 012.296.9042 



No comments:

Post a Comment