Thursday, March 6, 2014

10 ciri-ciri utama seorang usahawan yang berjaya?

10 ciri-ciri utama seorang usahawan yang berjaya?

Inisiatif dan bertanggungjawab
Usahawan adalah seorang yang bertanggungjawab terhadap apa yang akan berlaku. Mereka mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah dimana tidak ada pemimpin lain yang sanggup mengambilnya.

Komitmen yang tinggi
Komitmen usahawan terhadap idea dan pelaburan mereka menentukan kejayaan pelaburan yang mereka usahakan.

Orentasi Peluang (kesempatan)
Berkebolehan mencari peluang yang ada dan mempunyai kebolehan untuk meraih peluang tersebut.

Mengambil Risiko Secara Sederhana (Moderate Risk Taker)
Segala risiko yang bakal dihadapi telah diambil kira.

Keyakinan dan Optimistik
Keyakinan diri yang tinggi di atas kebolehan mereka untuk mencapai kejayaan. Bersikap optimistik terhadap kejayaan yang akan mereka kecapi dan sikap ini berdasarkan kepada keadaan sebenar.

Kreatif dan Inovatif
Melalui fikiran yang kreatif, inovatif dan daya imaginasi, usahawan boleh menghasilkan produk yang khusus dan perkhidmatan kepada para pengguna. Kreativiti boleh dipelajari.

Mencari Maklumbalas (Seeking Feedback)
Aktif mencari dan menggunakan maklumbalas yang diterima sebagai cara untuk memperbaiki prestasi mereka.

Menuju ke arah Kejayaan (Drive to Achieve)
Kejayaan merupakan motivasi utama untuk seseorang usahawan. Wang bukan merupakan pemacu motivasi kepada usahawan.

Kebolehan menentukan Visi (Ability to Set Vision)
Usahawan tahu apa yang ingin mereka capai. Mereka mempunyai visi atau konsep untuk firma mereka.

Kemahiran Mengatur (Skilled at Organising)
Berkebolehan memilih dan mengumpul para pekerja seperti yang dikehendaki untuk menjayakan tugas tersebut. Menukarkan visi menjadi realiti.

Kawalan Fokus Dalaman (Internal Focus of Control)
Usahawan percaya kejayaan atau kegagalan sesuatu usaha adalah bergantung kepada diri mereka sendiri.

Toleransi terhadap Kegagalan
Tidak mudah kecewa, putus asa dan sedih apabila mengalami kegagalan. Mereka belajar dari kegagalan. Percaya mereka lebih banyak belajar dari kegagalan.

Lebih Bertenaga(High level of Energy)
Lebih bersemangat berbanding dengan kebanyakkan orang. Usahawan perlu lebih Menanggung beban yang besar dan tekanan yang akan mereka hadapi.

Semangat Berpasukan (Team Building)
Mempunyai standard (kualiti) yang tinggi, bersemangat untuk membantu syarikat berkembang dan membangun.

Berdikari (Independent)
Menyelesaikan sesuatu tugas mengikut cara mereka. Mahu mempunyai kuasa (hak) untuk membuat keputusan yang penting.

Fleksibel
Usahawan tidak tegas terhadap perniagaan (pelaburan) mereka. Amat fleksibel dan berkebolehan untuk menukar cara mereka mengikut kehendak pelanggan dan suasana perniagaan.

Sumber info dan Credit to : Klik Sini


Azniza Arshad, AuthentiCircle, Premium Beautiful by Azniza Arshad, Usahawan Online, Outdoor Photoshoot, Photoshoot, Kuala Lumpur, Putrajaya, Kajang, Bangi

Azniza Arshad, AuthentiCircle, Premium Beautiful by Azniza Arshad, Usahawan Online, Outdoor Photoshoot, Photoshoot, Kuala Lumpur, Putrajaya, Kajang, Bangi, Milliondollardivas, Bangi

Kita semua impikan untuk menjadi Usahawan yang berjaya.
Tapi sejauh manakah tindakan kita dalam mencapai impian itu. 

;)

 


 Facebook : Azniza Arshad | Instagram : @aznizaarshad 
 Whatsapp : 017.217.0783 | Call/sms : 012.296.9042 



No comments:

Post a Comment