Premium Beautiful Corset by Azniza Arshad

Premium Beautiful Corset by Azniza Arshad

Sunday, January 5, 2014

Kek coklat


Bila bercerita pasal kek, haritu encik suami ada buatkan kek pisang masa Niza pergi ke kelas.
Tak sangka, wife pegi duk menuntut ilmu... rajin pulak dia malam tu... 
katanya..tepung ada... telur ada.. boring-boring .. then nak buat kek pisang.

Kek pisang bukan sebarang kek pisang...
Ini kek pisang siap letak coklat chip kat atas tu.... kerlassss...


Tengok pada rupa macam tak berapa cunz...tapi rasa memang sedap... 
cuma.. kurang lembut sikit.. hehehe... overall niza bagi markah 8/10..  :)
Itu cerita minggu lepas.

Tetiba tadi, hubby request nak resipi kek coklat pulak... 
konon-konon dia nak buat kek coklat lar.
Emm... mana haku nak cari resipi ni... nak buat tak pandai, apetah lagi nak tau bahan-bahan buat kek..
So, google punya google....
jumpa pics kek coklat yang sangat-sangat mengiurkan... adoiyaii !!




Resipi kek coklat pulak niza copy dari sini  ...
so, apelagi kita minta cik suami ikut resipi ni lah.....
harap-harap menjadi lah kek coklat macam pic kat atas ni nanti. :)

Bahan-bahan ( UTK KEK COKLAT )

  • 1 3/4 cawan tepung istimewa
  • 1 3/4 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan serbuk coklat
  • 3 biji telur M-pukul sedikit
  • 1 cawan susu sejat
  • 1/2 cawan minyak
  • 1 sb whiping krim
  • 1 cawan air panas
  • 1 1/2 st baking powder
  • 1 1/2 st soda bikarbonat
  • 1/2 st garam
  • 2 st esen vanilla
  • BAHAN UNTUK ISI DAN TOPING:
  • 250g krim keju
  • 1/4 cawan susu pekat manis (boleh tambah jika suka manis)
  • 1 st coklat emulco
  • 1 st esen vanilla
  • sedikit rice coklat warna warni

Cara-cara

  1. panaskan oven 170'c.griskan acuan dg mentega,alas dasar acuan dg kertas serap minyak.taburi sekeliling acuan dg serbuk coklat.
  2. dalam mangkuk besar,satukan:tepung istimewa,serbuk coklat,BP,SB,garam.gaul mesra guna whisk.
  3. masukkan telur,susu sejat,minyak,whiping krim,esen vanila.gaul hingga sebati.
  4. tuangkan air panas ke dalam adunan & gaul rata.tuang ke dalam acuan & panggang selama 1 jam.
  5. bila dah masak,biarkan 10 minit dlm oven,kemudian keluarkan dr oven.biarkan sejuk baru di potong untuk letak inti krim keju.
  6. UNTUK BUAT INTI & TOPING:Pukul krim keju hingga lembut,tambahkan susu pekat manis,coklat emulco,esen vanilla.kacau hingga rata.
  7. letak inti/toping sesuai dg selera masing2.
  8. PESAN:adunan kek coklat ini sangat cair,jd tak perlu risau,jangan tambah tepung lagi.biasanya saya akan simpan kek semalaman baru potong & hasilnya mmm enak banget.

Hasilnya belum tau lagi, sebab belum buat.
So kita tunggu jer nanti next entry special pasal Chocolate Cake Encik suamiku !!

 
 NAK JALAN-JALAN SECARA PERCUMA KE SHANGHAI? 

 Facebook : Azniza Arshad | Instagram : @aznizaarshad 
 Whatsapp : 017.217.0783 | Call/sms : 012.296.9042 

 PREMIUM BEAUTIFUL : CASH REBATES RM120 !!!

No comments:

Post a Comment