Premium Beautiful Corset by Azniza Arshad

Premium Beautiful Corset by Azniza Arshad

Friday, January 3, 2014

Istiqamah dalam berazam

Selamat Tahun Baru 2014!!



Pagi-pagi ni jiwa bersemangat nak bercerita mengenai azam tahun baru.... 
yer lah kan, bila dah masuk tahun baru, buka lembaran baru gitu... simpan cerita lama baik-baik dalam gobok, dan mengharapkan cerita lebih baik berlaku sepanjang 2014 ni... 

So, apa azam tahun baru kita? 

Adakah kita masih menyimpan impian yang sama..emm maksudnya, tahun lepas punya azam dibawa pula ke tahun ni (carry forward)? 
atau...tahun-tahun lepas punya azam memang dah terlaksana, so tahun ni...
 totally nak berazam yang betul-betul 'baru'?..

ikut pada masing-masing....tepuk dada... tanya hati... 

Untuk diri Niza sendiri.... 
Tahun ni, benda pertama sekali ialah nak berazam untuk letak matlamat yang lebih jelas, lebih spesifik.... 
Bukan apa, tahun-tahun sebelum ni.... 
azam-azam yang diletakkan tu agak kabur dan 'kurang jelas'.. 
In order nak achieve goal tu pun macam kureng nampak gitu....
Capai memang ada yang tercapai.. 
tapi dalam erti kata yang tak berapa nak memuaskan.

Apa contoh goal yang tak berapa spesifik :

Contoh 1 : Tahun ni aku nak lebih bahagia dalam kehidupan.
Yes, kita semua ingin bahagia... tetapi..
Bahagia dari segi apa? Nak belanja mak abah pergi jalan-jalan sebagai tanda kita hargai mereka dalam kehidupan.
Yang lebih spesifik - tahun ni,plan nak sponsor bawak mak abah pegi langkawi... target pegi dalam bulan September. Anggaran bajet - RM1,000.. 

Contoh 2 : Nak beli kereta. 
Kereta jenis apa? berapa anggaran nilai kereta? warna apa? 
Yang lebih spesifik - Nak beli perodua Alza, kaler putih, Automatik, bajet nak letak deposit RM10,000.
Target nak beli dalam bulan May.

So, bila dah lebih spesifik... nampak sikit lah hala tuju nak capai impian dan matlamat. 
Lebih jelas.
Yang mana melibatkan wang ringgit, boleh buat satu jadual bajet untuk merancang ekonomi dan kewangan kita, berapa RM  yang perlu disimpan setiap bulan.
....

Cuma kadangkala, orang kata macam renyah dan leceh je nak buat goal macam ni. 
Terlalu spesifik.. terlalu terikat. Tak bebas. 
Sebenarnya goal mana boleh terlalu bebas. 
Ibarat pemain bola, nak buat jaringan..tapi tiada hala tuju kemana dia perlu tendang bola tersebut.

Bila goal atau matlamat itu lebih jelas..sebenarnya.. 
kita mudah nampak 'jalan' untuk mencapai goal dan impian tersebut.

Betul jugak kan?

.........................................................

So, apa impian dan azam kita tahun ni? 


 
 Facebook : Azniza Arshad | Instagram : @aznizaarshad 
 Whatsapp : 017.217.0783 | Call/sms : 012.296.9042

No comments:

Post a Comment