Premium Beautiful Corset by Azniza Arshad

Premium Beautiful Corset by Azniza Arshad

Monday, December 2, 2013

Petua dulu-dulu ... by Azniza Arshad

Assalamualaikum alls,

Macammana weekend? Happening tak? Of course ye la kan... bagi orang kerja swasta... ada antara u alls yang baru dapat gaji kan....pastu..dapat lagi bonus hujung tahun.... amboi.. sure shopping tak ingat dunia punya tuu.. ;p ... 

Bagi staff gomen pun tak kurang hebat juga walau dah dapat gaji lebih awal.. yer tak? niza tauu....sebab kalau niza ke area Putrajaya, tengok jer staf-staf gomen... pangkat apa sekalipun...perghh. dressing memang tip top up to date.. i loike !

hehe...

Walau apa pun situasinya......... baru dapat gaji ke.. dah habis gaji ke... opssss ! atau apa-apa je lah... pastinya harini.... hari Isnin.. haha.. sambung rutin harian.... ape lagi kalau bukan kena kerja.. :)

Nway,

Jangan monday-blues sudah la yer takk? tak baikkk...
Tapi, kalau agak-agak memang tak boleh tolonggg punya blues tu... meh la kita cuci mata sikit dapat idea best-best melalui entry niza kali ni iaitu - petua dulu-dulu..

Mana tahu, kot-kot ada antara petua ni boleh membantu kita dikala memerlukan. Cewahh !


Garam ubati sakit gigi.
Jika kita diserang sakit gigi, campurkan sedikit garam halus pada ubat gigi semasa hendak menggosok gigi. Ia bukan sekadar mengurangkan kesakitan, malahan ia boleh menjadikan gigi lebih putih berseri. 



Tepung ubi rawat ruam.
Jika bayi terkena ruam, sapukan tepung ubi pada bahagian-bahagian yang mengalami ruam seperti leher, punggung, dada bayi selepas mandi. Amalkan selalu untuk kesan yang lebih memuaskan.





Longan kering banyakkan susu ibu.
Haa..para ibu yang runsing akibat susu badan yang sedikit harus mencuba petua ni. Kita ikhtiar kan? Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air.Rebus sehingga kembang, kemudian minum airnya.






Segarkan wajah dengan epal hijau.
Untuk mengembalikan kulit wajah yang suram, lesu kepada berseri.. dan segar... cuba sapukan jus epal ke wajah. Biarkan selama 10 minit. Dan kemudian barulah dibilas dengan air bersih. 



Nak petua lagi? Cukup-cukup la tu dulu... 
heheh... sama-sama kita tunggu di next entry ye....

Dan jangan lupa. Selamat mencuba petua-petua ni, 
bagi u alls yang memerlukan...

Selamat bekerja  ;)








No comments:

Post a Comment