Premium Beautiful Corset by Azniza Arshad

Premium Beautiful Corset by Azniza Arshad

Monday, November 18, 2013

Pilihan dalam kehidupan..

Salam pagi isnin semua.. ;)

Lately, Jarang pulak niza update blog... sorry..sorry...
(mengaku saya makin malas) ;p iskk..iskk...

Tapi takpe...Harini mood nak mengupdate blog yang makin bersawang dah datang.
Heheheh...... 

Boleh kita share sikit-sikit info berkaitan pilihan...
Takde kena mengena dengan sesiapa, cuma ini adalah entry yang sangat sinonim dengan lumrah kehidupan...

Kerja..kerja..kerjaya.. ;)




Diri kita..
Siapa pun kita,
Walau bagaimana pun latar belakang kita,
Kita semua sebenarnya diberi pilihan..
Untuk menentukan masa depan kita sendiri.

Kalau dulu, selepas kita menggenggam segulung ijazah,
Dalam fikiran dah nekad.
Nak dapat kerja, nak pegang wang sendiri.
Nak balas jasa mak ayah.
Nak beli rumah..Nak beli kereta.

*****

Masa cari kerja,
Syarikat A, B, C ...Z panggil temuduga, semua kita pergi. 
Speaking London memang berhabuk. 
Tapi, buat konfiden je.
Lari bidang atau tak, belakang kira.
Janji dapat kerja, dapat wang.
Untuk masa depan sendiri.
Angan-angan mula tinggi melangit. 
;)

*****


Tetapi, bila dah mula bekerja..
5 tahun?
10 tahun?
apabila sampai satu tahap.
Kita mula sedari.
Ada sesuatu yang tak kena.

Apa?

Mungkin.. Tiada peningkatan dalam kerjaya.
Asyik Buat benda yang sama tiap-tiap hari.. 
Pangkat sama jer... bila pangkat sama, gaji pun takat itu sahaja..
Nak dapat extra tunai.. kena tunggu time bonus... 
Tapi sampai bila?

Atau

Mungkin juga tiada peningkatan dalam kendiri.
Tiada semangat.. perasaan 'Monday Blues' dirasai hari-hari.


Atau
Mungkin juga tiada peningkatan dalam kehidupan
Kerja..kerja..dapat gaji.. tapi masa terluang sedikit cuma.
Tiada kualiti kehidupan.
Bulan berganti..Tahun berganti..
Eh..sedar-sedar anak dah besar panjang?

*****

Walau apa pun situasi,
Kita Mesti Ingat.
pilihan itu sebenarnya ditangan kita sendiri.
Kita yang menentukan hala tuju masa depan.
Bukan orang lain.

Kalau kita suka pun, itu adalah pilihan kita.
kalau kita tak suka pun, itu adalah pilihan kita.

*****

Cuma, bila kita tersedar sekarang..
ditunjukkan jalan.. diberikan peluang..
dengan masa yang ada (walau sedikit cuma), 
pilihlah kehidupan yang bahagia.
Untuk bahagia.


Bagi para ibu-isteri,
bahagia kita ialah apabila boleh menjadi wanita berkerjaya, disamping menguruskan rumahtangga  sebaiknya.
Tak semestinya dengan terikat 9am-6pm hari-hari.

Bagaimana??



Love,

Azniza Arshad
sms 012.2969042
Whatsapp 017.217.0783

No comments:

Post a Comment