Premium Beautiful Corset by Azniza Arshad

Premium Beautiful Corset by Azniza Arshad

Monday, November 25, 2013

Cupcake by Azniza Arshad

Assalamualaikum...

Ape khabar u olls? Monday blues ker?
hah...agak-agak kalau Monday blues, meh kita kurangkan skit kadar blues tu dengan cuci mata melihat resipi dan serba sedikit gambar-gambar cupcakes yang cun-cun ni...
Sekurang-kurangnya, naik sikit semangat nak bekerja lepas ni kan? 








ini bukan niza buat sendiri, cuma sekadar gambar hiasan :)
Kebanyakan kek-kek cawan yang cute-cute ni datang nya dari oversea. 
Local pun ada, tapi so far... tak jumpa lagi yang decorative nya comel-comel 
macam pics di atas ni (atau niza jer tak terjumpa lagi) hahah!

Okay-okay.... 

Satu resipi cupcakes yang niza pinjam dan share kat sini. Credit pada 

Mana tau lepas ni kita sama-sama boleh buat cup cakes sendiri dan deco comel-comel ikut minat masing-masing k..



Bahan-bahan resepi cupcake mudah :
  •  150 gram mentega (den pakai buttercup)
  • 185 gram tepung naik sendiri
  • 150 gram gula kastor
  • 1/2 sudu kecik soda bikarbonat
  • 3 bijik telur
  • 1 sudu kecik esen vanila
Bahan untuk butter icing :
  • 250 gram mentega (1 pek buttercup)
  • 150 gram shortening (lemak sayuran)
  • 250 gram gula icing (ayak sambil berkayak) – boleh kurangkan ikut sedap tekak
  • 2 sudu besau susu segar *optional*
  • pewarna sesedap rasa ekauu
Cara buat cupcake :
  • Panaskan oven , pakai suhu 180°C
  • Ayak hincek tepung dengan soda bikarbonat, ketepikan
  • Memula, pukul mentega dengan gula kastor sampai kembang (warna putih2 gitu)
  • Masuk telur sebijik demi sebijik dan esen vanila. Sambung pukul lagi
  • Masukkan tepung yang dah di ayak sekali dengan soda bikarbonat tadi slow & adun sampai sebati. (time adun ni, mixer tu pakai kelajuan yang paling slow)
  • Dah setel, kalau korang nak taruk choc chips sebagai penambah perisa pun boleh. Den ade parut choc cadbury tu and masukkan dalam adunan. Gaul pakai spatula je.
  • Pastu, boleh terus masuk dalam cawan kertas (souffle cup). Letak separuh je or 3/4 dari cawan tu.
  • Bakar lebih kurang 10 – 15 minit, suhu 180°C
  • Untuk butter icing pulak, pukul mentega, gula icing & shortening sampai kembang dan putih.
  • Kalau korang nampak adunan tu tak berapa nak lembut, masukkan susu segar. Kalau buat time cuaca panas, takyah masuk susu sebab adunan tu akan lembut sendirian berhad.
  • Bahagikan adunan ikut bilangan warna yang korang nak, titiskan pewarna & kacau.
  • Pastikan cupcake betul2 sejuk before letak butter icing. Boleh deco pakai segala jenis hiasan yang disukai.

Sebenarnya, banyak resipi cupcakes lagi yang u olls boleh jumpa, dan ambil dari sini dan Resipi cupcakes

Cup cake Fruity Choc ada, 
Fruity moist butter ada, 
Choc moist cupcakes ada dan bermacam-macam lagi. 
Pilih jer ikut selera masing-masing. 

Ok. Bye !


No comments:

Post a Comment