Premium Beautiful Corset by Azniza Arshad

Premium Beautiful Corset by Azniza Arshad

Monday, November 18, 2013

Berjaya dan motivasi diri...

Berjaya dan motivasi diri...



Semenjak Niza buat bisnes full time kira-kira setahun yang lalu, memang banyak perubahan dalam kehidupan yang niza rasai. Salah satunya ialah niza makin suka dengan motivasi diri dan juga kata-kata positif berkaitan apa sahaja dalam kehidupan. 


eh,niza nak tukar kareer untuk jadi pakar motivasi ker? hehe.. 

taklah. ilmu niza masih tak cukup dan sampai ke tahap itu lagi.. :)
takat motivate kan diri sendiri dulu boleh lar... 

Ok, bercerita pasal motivasi, niza ada la suka dengan seorang motivator ni. 

(Beliau seorang wanita yer.. ;p )

Walau beliau berlainan bidang dengan niza, tetapi setiap kata-kata yang beliau kongsikan di laman facebook, memang best. Sungguh Kena dengan jiwaku ni..hehe...


So, kali ni..niza nak post satu status beliau yang niza suka, moga boleh buka minda kita semua tentang kejayaan dalam kehidupan... 


The Confidence Success Factor.

Ia bukan tentang apa status kita skrg? Berapa banyak kekayaan kita skrg? Berapa tinggi ilmu kita skrg? Berapa cantik rupa kita skrg?

Ia tentang bagaimana kita melihat diri kita in future, kekuatan kita, apa impian kita, apa yang kita berani lakukan, apa yang sanggup kita lakukan PADA HARI INI.. untuk membentuk MASA DEPAN kita..

Along the way, kita akan buat banyak kesilapan. Setiap kali ini juga kita belajar dan menjadi bertambah baik.

I do makes a lots of mistakes. Take it as learning curve and keep improving. Mistakes is normal. Always challenge your limit. 


Niza sangat setuju dengan status beliau ni..

In order kita nak berjaya dalam kehidupan.. bukan lihat pada diri kita yang sekarang, tetapi bayangan kehidupan kita 5 tahun akan datang.

kesalahan, kesilapan adalah pelajaran. Jika tak buat salah, maka kita takkan belajar.. hmm.. betul tu...  ;) 

tetapi kalau buat kesalahan sama berulangkali.. aduhaii..itu sendiri mau ingat la.. kekeke....

Ni lagi satu status yang beliau kongsikan...


Tidak perlu tunggu semuanya "sempurna", baru hendak lakukan. Rancang dahulu kemudian baru laksana. Memang konsep ini terpakai juga. Rancang jgn terlalu lama, kemudian bertindak.

"Act - Learn - Build - Keep Improving" 

Richard Branson;
"Screw it, let's do it!"

Jika terlalu perfectionist, ada beberapa possibilities; 
- kita tidak mulakan hingga skrg
- kita ambil masa yg terlalu lama untuk merancang. Dan ketinggalan bas.

Manusia ada banyak ragamnya. Setiap org juga berbeza cara pemikirannya.

Jangan takut untuk dikritik.
Saya selalu dikritik dan yang paling sentap panas bunyinya adalah drpd orang yg paling dekat, tapi bila fikir2, ada betulnya.

"Tidak perlu jadi hebat ketika bermula. Tapi untuk jadi hebat, kita perlu mulakan."

Target 2 tahun lagi, banyak perubahan dan added value pada ilmu dan kemahiran kita. Jadilah cawan kosong, sedia untuk diisi air atau ilmu baru.

Selagi kita masih takut2, berbelah bagi, belum cukup belajar drpd kegagalan, belum cukup berani mencuba sesuatu yang tidak pernah kita lakukan (stretch limit kita), selagi itu kita belum sedia untuk berjaya.

Robin Sharma;
"The most successful peoples in the world, is the one facing the failure the most." 






Sharing is caring

Love
Azniza Arshad
sms 012.2969042
Whatsapp 017.217.0783

No comments:

Post a Comment