Premium Beautiful Corset by Azniza Arshad

Premium Beautiful Corset by Azniza Arshad

Thursday, September 19, 2013

My first Trip to Seoul, Korea !!!


Trip Melancong ke Seoul, Korea. 
16 - 20 September 2013.

by Azniza Arshad.




Alhamdulillah... 

Hujan Emas dinegeri orang..
Hujan batu dinegeri sendiri..
Lebih baik dinegeri sendiri ...........

Cumanya, bila jauh perjalanan...
sudah tentu luas pemandangan kan.
Dapat melihat dan budaya Negara orang depan mata sendiri.

Apa yang lebih menyeronokkan..
Ini pertama kali Niza ke-luar Negara secara Percuma pulak tu.

Perasaan bercampur baur.

Gembira.Teruja.Jakun.Berdebar-debar.
Semua dah blend jadi satu .. hehehe.

Bila dapat peluang melawat Negara orang ni.. 
boleh lar Niza share serba sikit pengalaman sepanjang disana.


6.00pm - Niza dah sampai KLIA dengan husband. 
Husband nak hantar awal, konon-kononnya takut stuck dalam traffic jam. 
Walhal kami gerak dari Nilai Impian aje pun.. :p

Bila dah sampai awal disana, tengok member-member masih tak sampai lagi.
So, kami pusing-pusing dulu sekitar KLIA. 
Sementara nak tunggu diorang yang lain sampai, kami singgah la minum di McD sekejap.

Waktu ni, badan mula rasa tak sedap. Batuk-batuk mula datang. Tapi, cuba bertahan. 
Doa banyak-banyak dalam hati moga semua Ok.
Sebab nak terbang jauh beribu batu ni. Hehe.

Kita bergambar dulu :)

Niza pakai T-Shirt "I Love GLAM".
T-shirt rasmi kami untuk trip ke Seoul, Korea.


Kami sepatutnya bekumpul jam 8pm di Gate I 11. 
So, sampai je selepas solat Maghrib dan light dinner tu, kat area situ dah mula penuh.
Lautan hijau dengan baju I Love Glam di merata-rata. 
Mana tak nya.. hampir 200 orang Glampreneurs bakal diterbangkan ke Korea pada malam ni je!!


Yang pasti, Semua dari kami SEMANGAT pakai T-Shirt
"I LOVE GLAM" dengan seluar / skirt hijau..
(tema kaler hijau)

***
Sekitar jam 10pm, kami semua mula masuk ke balai berlepas.
Masa ni ada juga antara kami yang ambil kesempatan untuk ambil 'heavy meal' dulu takut-takut atas flight nanti dapat menu yang 'tak boleh nak telan' ..

Korang faham-faham sendiri lar kan ;)
Naik Korean Air, so what to expect kan.. 
Takkan nak harap dapat nasi goreng paprik kat atas flight tu kan? 
hehe.

***

Sekitar di balai pelepasan ..

Mentor tersayang CDM Maisarah Ibrahim

Bersama suami beliau CDM Syukran Helmi

 Mai, Niza, Datin Irna, Sal dan Suzane

Untuk first trip ni, Niza dan Suzane dari team kami.

***

Lebih kurang jam 11pm, 
kami menuju ke perut flight dan bersiap sedia untuk terbang ke bumi Korea ..

Bye-bye Malaysia.

--------------------------------------------------------------------------------------------

Perjalanan mengambil masa lebih kurang dalam dalam 6 jam.
So, kami sampai bumi Korea jam 6.00 am (waktu Malaysia 5.00 am)
Mata masih kelat. Badan pun macam lemau. 
Sebab masa dalam flight ; all the way dari Malaysia ke Korea pun tak dapat tidur lena sangat. 
Maybe mood excited sangat, coz pertama kali terbang jauh without family. 

So, jejak je 'bumi' Korea.. word pertama yang Niza ucapkan is Alhamdulillah.
Sebab selamat sampai, dan dapat peluang untuk trip ni.
Syukur sangat !!!.

Di Incheon International Airport.





Day 1 - 16 September 2013 (Selasa)

Bus kami C4 ; untuk team dibawah pimpian CDM Maisarah.
Tour leader kami : Ms Samatha Wai, manakala Ms Ashley wakil dari Korea.

Tempat pertama yang kami tuju - Itaewon untuk bersarapan.
Lapar !


di Restoran Maharaja.

Area Itaewon ni banyak foreign restaurants coz ada US Military base berdekatan kawasan ni. So u alls akan nampak ramai 'mat saleh' di area sini.

Teruja tengok cili dikeringkan di Korea !!


Siap makan, kami menuju ke Doota untuk shopping !
Niza tak shopping apa sangat; sekadar key-chain, t-shirt dan sedikit souvenirs untuk keluarga.

Ini antara menda alah yang Niza sempat beli... 
macam tak pecaye yang aku beli ni? hahaha.... Jo In Seoung.. ;p

Untuk shopping kat Doota saje, dah berhabis dekat : 80,000 won !!
kaki dah penat.. so, lepak la dulu.

Around 3.00pm, bas kami pun sampai dan membawa kami ke Hotel Penginapan.

Checked in - Hotel Best Western Premier Kukdo
5 stars Hotel. Woohoo !!


dalam Hotel Best Western Premier Kukdo. 
nak zzzzz je rasa...

then bersiap untuk Dinner !

ramai !!

persembahan untuk malam tu... K-pop!!

K-pop pompuan ;)





We are DLG !!

dapat souvenir - brooch Ori dari Korea !!

All Glampreneurs malam tu ! 
Happening sangat !!

Balik dari dinner malam tu, memang Niza melepak je kat hotel.
dah penat berjalan seharian.


Day 2 - 17 September 2013 (Rabu)

Hari kedua yang lebih bersemangat. Tidur pun lena di katil yang empuk malam tadi.
So tak sabar nak mulakan aktiviti harini.
Tema warna pakaian kami untuk hari ke dua ni ialah warna BIRU.  


Pagi hari di Korea ... nyaman suasana... Alhamdulillah.

Our first pit stop, bersarapan di foreign reastaurant yang Halal di Itaewon


Then ke Amethyst Shop .. 
oppss..takde pic :p

Bagi yang berminat dengan 'batu-batuan', mereka memborong sakan kat situ.

Seterusnya..kami ke Paju Premium Outlets








Seterusnya ke Lotte World Theme Park !!











Kat Lotte World ni, Niza tak main apa sangat.  Banyak cuci mata tengok orang lain yang main. hehehe.

Day 3 - 18 September 2013 (Khamis)
Tema pakaian warna KUNING.

sarapan pagi :)

Then, kami menuju ke StarCruise di Han River .. nak naik cruise!!
Bestt ..


tepi tasik ...

Selepas naik cruise.... kita ke shopping mall di Lotte Duty Free 


dan seterusnya ke area Star Avenue dan Myungdong.



Day 4 - 20 September 2013 (Jumaat)
Tema pakaian warna PINK

Memandangkan hari ni dah last day ... 
Pagi-pagi, check-out terus dari hotel, kami menuju ke Itaewon lagi untuk breakfast.

Sedih pulak rasanya. 

Suka sangat dengan persekitaran disini yang bersih, dan tenang. 
Mat rempit pun tak ada.

Melalui Blue House, ke Namsan Hanok Village, dan
Lawatan ke Gyeongbok Palace dan National Folk Museum









lepas bergambar bagai, 
kami pun bertolak ke lapangan terbang antarabangsa Incheon, Seoul.
Tapi sebelum tu, lunch la sekejap.


Our lunch set.

Dah siap makan semua, masing-masing mula naik bas untuk ke lapangan terbang Incheon.


Kami berlepas dari Seoul jam 4.00 pm naik Korean Air, 
then sampai ke KLIA, Malaysia jam 10.00pm.
Alhamdulillah selamat sampai.


Touched down, ambil bagasi.. then terdengar suara yang sangat familiar..
 anak-anak menjerit di balai ketibaan.
"Mama ! Mama ! Rindu la kat mama"
(mana taknya, suara diorang la yang paling kuat kat situ, adoiyaii ;p)
Tersenyum. Rindu nya kat diorang.

.............................................................................


Pengalaman buat biz ni, melayakkan diri niza dan rakan-rakan usahawan yang lain untuk terbang ke sana secara percuma. 
Memang best sangat... 

InsyaAllah, suatu hari nanti.. nak terbang ke bumi Korea lagi.
Mungkin bersama family, mungkin bersama teman-teman seperjuangan.
Yang pasti, nak mereka rasa juga pengalaman seronok yang Niza dah rasai. 

Alhamdulillah.

Rindu Bumi KOREA !!!
i miss u too, Ashley (tourist guide from Korea)

-sekian-

No comments:

Post a Comment