Premium Beautiful Corset by Azniza Arshad

Premium Beautiful Corset by Azniza Arshad

Monday, August 26, 2013

Usahawan Kaya Raya...

Buat bisnes untuk jadi kaya-raya bukan kerana tidak syukur dengan apa yang ada, tetapi sebab bersyukur sangat dengan peluang yang Allah swt berikan dan pinjamkan sementara untuk beri yang terbaik untuk insan yang memerlukan didunia yang fana ini.

Kita luaskan konteks kepada 5 perkara asas dalam kehidupan.

1. Masa sihat sebelum sakit
2. Masa muda sebelum tua
3. Masa kaya sebelum miskin
4. Masa lapang sebelum sempit
5. Masa hidup sebelum mati

Masa sihat sebelum sakit.
Gunakan kudrat sebaiknya untuk belajar, kaut ilmu, bekerja keras tanpa mengharap ihsan orang lain.
ketika sihat, pekerjaan dapat dilaksanakan dengan lebih mudah, pergerakan tidak terbatas dan otak dapat berfikir dengan lebih baik.

Masa muda sebelum tua.
Gunakan masa muda untuk stabilkan kehidupan sebagsi bekalan untuk hari tua. Ketika ini, anak masih kecil dan masih tidak mengerti apa-apa. Bayangkan di usia 50an, kehidupan madih tidak stabil, cari rezeki siang dan malam. Anak pula meningkat dewasa, dan ketika itulah mereka mula mencari kehidupan luar atas alasan ibu bapa mereka sendiri sibuk dengan urusan di luar.

Masa kaya sebelum miskin.
Nikmat kaya bukan dalam bentuk harta benda sahaja, tetapi lebih dari itu. Bila kaya dan membahagiakan, kita tentunya dapat membantu lebih ramai orang yang susah diluar sana. Ikhlas tidak terletak pada berapa nilai wang ringgit yang diberikan, tetapi sekiranya kita mampu memberi lebih, ia sudah tentu dapat membantu lebih ramai orang islam yang memerlukan.

Menderma seringgit dengan hati yang ikhlas adalah lebih baik daripada menderma seratus ringgit dari hati yang tidak ikhlas. Betul tu. Tetapi, menderma seratus ringgit dengan hati yang ikhlas pula adalah jauh lebih baik dari menderma seringgit dengan ikhlas.
Jangan kecilkan konteks keikhlasan. Sebab itu orang Islam perlu kaya, supaya dapat memberi zakat yang lebih untuk membantu golongan yang susah.

Masa lapang sebelum sempit
Setiap dari kita mempunyai masa yang sama, iaitu 24 jam sahaja dalam sehari. Bagaimana kita uruskan masa ketika muda ni? Banyak menonton tv ke? banyak hadiri majlis ilmu atau sebagainya. Sayang kalau diusia sebegini jika kita tak memanfaatkan sebaiknya dengan rajin berusaha, upgrade diri sendiri untuk kebaikan semua. Jangan buang masa.

Masa hidup sebelum mati.
Pemisah antara dunia dan akhirat. Sangatlah rugi kalau kehidupan didunia di sia-siakan tanpa membawa sebarang bekalan untuk akhirat nanti. Islam sangat menggalakkan umatnya untuk bangkit, kumpul pahala dunia akhirat. Tetapi, yang bagaimana? Sudah tentu ikut pada perintahNya.. rajin, jangan malas dan jangan bertangguh untuk berbuat kebaikan.

Bantulah dirimu dan orang disekelilingmu yang benar-benar memerlukan. Gunakan kudrat kearah kebaikan. Sesungguhnya, ingat 5 perkara sebelum 5 perkara.
Islam menyuruh umatnya bersyukur tetapi bukan dengan menjadi orang yang pentingkan diri sendiri dan malas berusaha. Wallahualam.

Buat renungan bersama..

Salam Sayang dari Niza ....

No comments:

Post a Comment