Premium Beautiful Corset by Azniza Arshad

Premium Beautiful Corset by Azniza Arshad

Friday, August 9, 2013

1 Syawal 1434H

Setelah sebulan ramadhan kita berpuasa, akhirnya syawal yang dinanti tiba jua. Meraikan hari kemenangan untuk kita umat islam setelah menahan lapar dan dahaga disiang hari, juga bulan untuk kita lipat gandakan amal ibadah untuk merebut segala ganjaran2 kebaikan dari Allah Taala.

Kini, 1 syawal telah pun berlalu semalam.
Tiada apa yang lebih menggembirakan apabila melihat ahli keluarga, adik beradik yang datang dari jauh dan dekat untuk bersalaman bersama2.

Untuk tahun ni, giliran niza dan keluarga beraya bersama mak dan abah di Nilai Impian, Negeri Sembilan.

Aktiviti biasa Niza di pagi Syawal macam biasa lah tiap2 tahun. Gerak anak2 bangun awal pagi untuk mandi sunat Aidilfitri. Waahhh gitu.

Untuk tahun ni, cabaran agak luar biasa sikit sebab si adik Haris Darwisy taknak sarung baju melayu raya dia.
Mujur si suami banyak membantu memujuk dia. Kalau nak harap Niza, memang dah almost give up dah.. hehe.

Setel bab anak-anak, sediakan juadah untuk keluarga sebelum pergi ke masjid untuk tunaikan solat hari raya.
So, menu kami pada tahun ni memang sempoi jer. Lemang 3 batang, nasi impit, rendang daging, kuah kacang bersama sotong dan kuah lodeh.
Alhamdulillah semuanya sedap-sedap ! hehe.

Balik dari masjid, kami memulakan sesi bermaaf-maafan sesama ahli keluarga.. Dimulakan dengan abang niza yang sulung dulu, then Niza dan seterusnya adik-adik yang lain.

Akhir sekali, baru lah kami berjalan ke rumah jiran. Sebuah rumah je pun memandangkan yang lain2 semua balik ke kampung.. hehe. 

Sambungan raya ke 2 dan seterusnya di lain entry yea.

Hadif Darwisy yang paling awal siap semalam..
Haris Darwisy mengamuk taknak pakai baju raya.
Pujuk lar dengan aiskrim ..
Kusyuk makan aiskrim ...
Posing di pagi 1 Syawal
Mak niza dan adik bongsu bersama anak & anak buah
Mak dan adik
Hadif Darwisy dan Sofia
Family abang Niza. Tahun depan berempat daaahh..
Niza dan suami .

Candid nak bersalam raya. Pic ni snap dari lappy! hahah

Ok, tu jer.. more pics lagi, nanti niza upload dari kamera husband yea dan share sinii...


Selamat Hari Raya!

No comments:

Post a Comment