Premium Beautiful Corset by Azniza Arshad

Premium Beautiful Corset by Azniza Arshad

Saturday, July 6, 2013

Trip ke Korea...

Syukur..
 
 
Niza dapat qualifykan diri untuk Trip ke Korea September ni..
Memang tak sangka...dan tak jangka dapat pergi...
Sebab Niza ni kurang yakin dengan diri sendiri sebenarnya..
 
Sebulan sebelum closing..
Rutin  harian Niza memang hanya akan dapat lelapkan mata jam 1 pagi..
Itu pun akan terjaga balik jam 4 pagi..
 
Bangun pukul 4 pagi,mata terkebil-kebil pandang siling.. tak boleh nak tido.
Then,apa yang Niza buat, ialah Turun ke tingkat bawah, capai dan buka buku nota..
 
tulis kat setiap baris...
1 hari 1 baris
 
"Aku nak pergi Shanghai" 
(masa tu Syarikat tawarkan trip ke Shanghai, dan akhirnya ditukar ke Korea atas sebab wabak penyakit yang melanda di China.
 
lebih kurang macam tu lar tiap-tiap malam.....
risau,berdebar,saspen..semua ada
bila check ada jer yang tak cukup.
 
............................
 
 
Terus terang..
Niza memang tak reti berbisnes.. Asalnya pun memang tak minat.
Tapi, bila  Nampak peluang untuk upgrade kehidupan disini..
Niza pun belajar la satu persatu....
Dari zero knowledge, sampai la ada la sikit2 knowledge...
 
Memang niza Buat bisnes merangkak-rangkak...
Tapi takpe, selagi kita tak berhenti dan berusaha...insyaAllah.. akan sampai juga masanya.

So, untuk trip ke Korea..niza dah set dalam minda,
nak kena qualify juga...

kerana ia sebagai pencetus kepada:-

1. Income yang besar - 5 angka
2. Bukti yang kita memang serius menjadi usahawan

 
Macammana nak qualify?

Apa-apa pun...
 
Mula-mula..Niza letak impian yang besar dan jelas... Matlamat buat bisnes.
Apa yang kita mahu sebenarnya dari berniaga ni supaya kita tak hanya mendapat letih dan penat sahaja.

Bila impian dan matlamat jelas, Iringi dengan usaha dan pergerakan...
Niza Buat je All Out...

Datang kelas...
Ada masalah, Rujuk pemimpin...

dan sebenarnya....
 
Bisnes ni Tak susah..juga tak mudah...
Tapi Memang BOLEH !
kalau tak, macammana orang macam Niza boleh dapat.. yer tak?

Dan...
 
 
Alhamdulillah.....
Usaha yang berterusan...
Teamwork dan Support yang tak berbelah bahagi dari family.. dari mentor ...
 
Akhirnya,
Niza qualify trip ke Korea bersama rakan kongsi... !!!
 
 









Ambil mood ke Korea dulu....
 
 
 
Love,
Niza
Call/sms 012-2969042
Whatsapp 017-2170783

No comments:

Post a Comment