Premium Beautiful Corset by Azniza Arshad

Premium Beautiful Corset by Azniza Arshad

Sunday, July 21, 2013

Menu di Pasar Ramadhan

Alhamdulillah...hari ni dah masuk hari ke-12 kita berpuasa.

So far, macammana pengalaman puasa u olls? okay ker...

Bagi Niza.. kali ni rasanya dapat berpuasa dengan lebih baik memandangkan banyak masa Niza berada kat rumah (berbanding tahun-tahun yang lalu; sebab dulu masih bekerja 8am-4pm)

So, nak share la pengalaman lepas di bulan puasa...

Sebelum ni, pengalaman Niza lah kan masa kerja dulu... apabila keluar je dari pejabat..otak ni dah ligat pikir nak beli apa bila singgah 'param' (singkatan kepada pasar ramadhan) dekat area rumah tu. Selalunya benda yang Niza cari tak lain dan tak bukan :-

1.Ayam percik
2.Kuih Jongkong (ni favourite husband!)
3.Nasi Tomato
4.Nasi Beriyani
5.Popia Basah
6.Air Soya
7.Cendol
8.Kuih muih - karipap, donut etc
9.Murtabak
10.Roti John

*No pic required sebab nanti lapaaarrr pulakk !!!* hahaha...

Haaaaa......bila tengok list atas ni... actually menu yang niza tulis tu ada je di bulan selain ramadhan ni.. Tapi taktau la.. bila jejak je kaki ke param tu...otak ni tetibe jadi tak kreatif nak cuba makanan lain... sebab kalau dah suka yang itu... memang yang ituuuuu je la dicarinya.

So, macammana dengan menu tahun ni? masih sama ker..atau nak cuba something yang baru.... hmmmm... tengah fikir-fikir lagi, sebab tahun ni niza masih belum sempat jejakkan kaki ke param area rumah! Any sugestions u olls? 


Love,
Azniza Arshad ;-)


No comments:

Post a Comment