Premium Beautiful Corset by Azniza Arshad

Premium Beautiful Corset by Azniza Arshad

Tuesday, July 23, 2013

Bila berbicara soal Rezeki dan kejayaan ..

 
 
 
Bila Tanya pasal rezeki dan kejayaan, semestinya semua orang nak Berjaya ye tak?
Tapi .. Tanya balik pada diri ... sejauh mana keinginan dan kesungguhan kita nak Berjaya,
di dunia dan semestinya di akhirat kelak..
 
Apabila kita lakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan selebihnya bertawakal pada Allah Taala, itu yang dinamakan 'kesungguhan' untuk mengecapi kejayaan..
 
Allah kan Maha Adil... kalau setiap manusia dah berusaha sedaya upaya, Dia pasti akan berikan walau dalam apa jua bentuk perkara.
 
Kadang walau bukan dalam bentuk wang ringgit,
Dia berikan dalam bentuk Kelapangan Masa,
kadang dalam bentuk Kesihatan yang Baik...
dan pelbagai lagi..
 
So, sentiasa bersangka baik pada Dia Yang Satu, ok...
 
Tapi, macam mana pula dengan yang kata 'Aku takda rezeki' sedangkan empunya diri tak berusaha bersungguh-sungguh pun ...
Bagi niza, bab rezeki jangan buat main-main.. Kalau lah betul-betul Allah tarik nikmat rezeki yang murah tu, tak ke naya... Sebaiknya...Kita Berusaha dahulu.. dan jika apa yang dipinta masih tak kesampaian.. Muhasabah diri.. kenapa ia terjadi.. dan teruskan berusaha...
 
Jangan berkecil hati bila gagal dan percayalah perancangan Allah kepada kehidupan kita adalah
Sentiasa Yang Terbaik..
 
 
Okay lar..
tanak ngomel panjang-panjang...
 
Bagi niza.. rezeki memang tetap ada bagi mereka yang RAJIN berusaha!
 
 
Happy Working Semua .. ;-)
 
 
Loves,
Azniza Arshad 
 

No comments:

Post a Comment