Premium Beautiful Corset by Azniza Arshad

Premium Beautiful Corset by Azniza Arshad

Thursday, March 14, 2013

Perubahan Sikap..

Everyday is a learning process to me..
In order to get self improved, we need to learn.

Dalam apa jua aspek kehidupan,
Kita perlu belajar. 

 Jika tidak, kita akan tetap di takuk yang sama. 





********

Setiap hari, 
harus tanamkan dalam diri... 
 belajarlah benda baru walaupun ianya hanya sekecil-kecil perkara.

Mungkin hari ini, belajar ilmu pasal keagamaan,
esok pasal IT dan teknologi.. lusa pasal perniagaan..
dan hari-hari seterusnya.

Catat, tulis, salin dalam nota..

Keywordnya ialah : Ilmu kena ada, Belajar jangan pernah berhenti
Juga perubahan sikap ke arah yang baik.

Sebab, kalau diri sendiri taknak belajar, taknak berubah..
kehidupan akan kekal sama...

Berilah 10 tahun sekalipun... 
confirm kehidupan akan kekal macam tu. 

Paling asas : Perubahan sikap...
Buang sikap malas, tangguh, takut, tapi, taknak..semua yang negatif.

Letakkan alasan-alasan dibelakang sekali...
Biar ia tak menjadi penghalang untuk maju ke hadapan.

Nak jadi orang berjaya..harus lah rajin belajar dan tak jemu mencari ilmu.
Berkawan dengan orang yang berjaya dan dalam masa sama
kekalkan sikap merendah diri.

InsyaAllah... Allah akan suka, manusia pun suka.

So, belajar lah selagi boleh.


Mencatat dan menghafal

Mendengar


Ini gambar masa mula-mula nak timba ilmu dari mentor dalam bisnes ni.

Walau kami sebaya dan dah kenal lama, 
Harus hormat, rendahkan ego kerana kita yang mahu 
timba ilmu.

Apabila mentor nak curahkan ilmu, 
jangan sesekali menolak. 

Setiap teguran haruslah diterima dengan hati yang terbuka.


Gambar ni pula yang Niza ingat...
Mai nak jumpa Niza kat area Ampang walaupun 
Niza masa tu kat Nilai. 
Tapi Niza nekad, turun KL juga masa tu sebab nak belajar punya pasal.
Beri komitmen betul-betul.


Iyelah..kita kan selalu kata, 
bestnya jadi macam Hanis, macam Mai....
hidup senang....income ratus ribu...

Setiap masa rasa teringin nak dapat income 6 angka macam mereka.
Nak Time dan Financial Freedom.

Tapi, kita Perlu ingat, nak senang, nak berjaya, 
semua perlu pengorbanan.. 
dari segi masa, tenaga dan wang.
Mai dan Hanis dah lalui semua tue...

So, sekarang ini lah masa kita pula..

Its a Process.
Proses Pembelajaran dari hari ke hari...

Nak berjaya dalam perniagaan, jadi usahawan terbilang..

Sentiasa bukakan hati dan lapangkan dada..
Korbankan sedikit masa 'senang' sekarang.


**********************

Satu je..

Anggaplah berniaga ini satu Ibadah.
InsyaAllah..segala yang susah akan menjadi mudah. 

Trust Me!

Loves,
Azniza Arshad.

No comments:

Post a Comment