Premium Beautiful Corset by Azniza Arshad

Premium Beautiful Corset by Azniza Arshad

Wednesday, January 2, 2013

Hari pertama Hadif bersekolah!

Hadif baru je masuk usia 4 tahun masa 1 Dec hari tue.



Tapi, kalau ikut pada tahun..1 Jan 2013..hadif ni consider as kanak-kanak 5 tahun
So,bila dah usia 5 tahun, haruslah kan masukkan Hadif ke pra-tadika supaya dia boleh sesuaikan diri dengan suasana pembelajaran dengan kawan-kawan.

Sebelum Niza dan hubby daftar hadif di tadika,
kami dah survey beberapa tadika lain yang berdekatan dengan area rumah, antaranya tadika kemas, CIC, Genius Aulad, Pasti Abqori, Little Caliph dan sebagainya. 

Tapi, lepas buat survey, nampaknya, Hadif sendiri yang excited nak belajar di Pasti Abqori.


Tadika Pasti Abqori.

Hadif pilih tadika ni sebab katanya dekat dengan masjid dan ramai kawan-kawan dia yang sama-sama tinggal di rumah pengasuh pun bersekolah kat sini !




Tadika sebelah masjid.. :)

****

Apa-apa je lah hadif, janji belajar sungguh-sungguh.
jadi anak yang cemerlang dunia akhirat.

Sebelum ke sekolah, hilangkan nervous dengan main game dulu.. hihi

Alhamdulillah.. pagi ni memang cerah.

Mama memang happy anak mama dah nak masuk sekolah .. :)

Muka serius seorang ustaz.. :p

Muhammad Hadif Darwisy

Tengok si kecik tue.. 

Papa setia temankan hadif.


Mama bawak bekal air kotak..

Si adik yang aktif dan kreatif!

Beratur dalam barisan. 

Pandang keliling takut mama dan papa hilang dari pandangan

Si adik memang excited, melebihi kanak-kanak lain! LOL

***

Alhamdulillah, hari pertama berjalan dengan lancar.
Hadif tak menangis, cuma macam takut-takut sikit sebab tak pernah masuk kelas. Tanya jugak tadi, ape nama kawan.. Dia jawab.. Nama dia "kawan hadif".. LOL
Anyway,
Balik dari jemput hadif dari sekolah, as reward sebab behave papa dan mama bawak hadif jalan-jalan pergi carrefour.
Yeayy!

:)

No comments:

Post a Comment