Premium Beautiful Corset by Azniza Arshad

Premium Beautiful Corset by Azniza Arshad

Tuesday, December 25, 2012

Resipi Masakan : Nasi Mandhi

Alamak,tak pernah-pernah Niza buat entry pasal masakan,resipi dan sebagainya.. tetiba,rasa teringin pulak nak buat kali ni. Bukan apa, pas subuh tadi duk blogwalking blog orang, sekali terjumpa gambar dibawah niiii................adoiyai..terliur dibuatnya...mana mau cari subuh-subuh ni ye tak? sib baik la niza bukan tengah mengidammm... ;P

Nasi Mandhi

Haih, sapa yang tengok gambar diatas ni, harus la rasa lapar kan...sama la kita....
Niza nak masak macam ni, entah bilaaa la tue kan? Alih-alih... niza ajak suami gi makan kat restoran je lar.....boleh gitu? haha..tak romantik langsung...
bayangkan, kan best kalau suami isteri di dapur..masak sama-sama... boleh test rasa sama-sama.. 
feeling-feeling gitu ye tak? sekali datang si anak, dia kacau itu ini.. habis spoil mood. hahahah...

********

Okay anyway..Resipi ni niza ambil dari resipi blog jiran sebelah. Memandangkan rakyat Malaysia memang suka makan, Niza tolong re-post je disini... 
Alang-alang u alls tengah survey korset Premium Beautiful,haaa... boleh dapat resipi gaks kan dari sini..hihi.. pasni rajin lah singgah sini.. Mana tau niza akan keluar resipi sendiri suatu hari nanti? :p

Nasi Arab / Nasi Mandhi



Bahan-bahan:3 cawan beras basmathi PUSA -dicuci dan direndam selama 20 min

4.5 cawan air rebusan/stok ayam - atau kuantiti air mengikut jenis beras
garam jika perlu sbb stok/rebusan ayam dah letak garam
sedikit zaffran -akak guna pewarna kuning(Aku letak serbuk kunyit ajer)

Bahan utk menumis:1 sudu besar minyak sapi
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Kulit Kayu Manis n bunga lawang( aku add)
3 ulas bawang merah - dimayang halus (Aku blend n mayang bwang merah,putih n halia)
1 ulas bawang putih- dimayang halus

1in Halia (Aku add )
2 Helai Daun Pandan Disimpul (Aku add )
2/3Pokok Daun Ketumbar  (Aku add )

Cara membuat:


Beras dicuci kemudian ditoskan
Panaskan minyak sapi dlm periuk. Masukkan bahan tumis
Goreng hingga naik bau/kekuningan
Masukkan stok ayam, apabila didih masukkan beras.
Tanak hingga kering, kemudian masukkan pewarna kuning. Biarkan seketika
Kemudian gemburkan nasi guna garpu
Sedia dihidangkan bersama lauk pauk


Stok Ayam (utk masak nasi)


1 ekor ayam saiz sederhana- dipotong 4
2 inci halia - diketuk
1/2 sudu kecil serbuk zafran (ganti kunyit je)
1 sudu kecil lada hitam biji
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 sudu kecil buah pelaga
1/2 sudu kecil cengkih
2 helai daun Bay
garam secukup rasa
air secukupnya (supaya ayam tenggelam)

Cara membuat:

Rebus ayam selama 45 minit bersama bahan2 diatas.
Kemudian angkat dan toskan ayam. Tapiskan air rebusan utk masak nasi.

Ayam Panggang 

Bahan Perapan:

1 sudu teh zaffran - akak ganti dgn skit serbuk kunyit
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk rempah kabsah (lihat bawah utk resepinya)
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu kecil garam

Aluminium foil utk balut/bungkus

Cara membuat:

Ayam yg telah direbus tadi dilumurkan dgn bahan perapan.
Letakkan atas aluminium foil, balut kemas2.
Bakar dlm oven selama 1 jam pd suhu 180C utk menghasilkan ayam yg lembut.


Sos Salata: 


Bahan-bahan:

2 biji tomato
1/2 biji bawang besar
2 biji cili besar

5 tangkai cili padi
sedikit daun ketumbar
sedikit garam
Jus dari buah lemon.

Gula secukup rsa aku add

Cara penyediaan:


Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja.
Jangan sampai terlalu hancur.

HomeMade Rempah Kabsah 


Bahan - bahan:

1 sudu makan bunga cengkih **
1 sudu makan lada hitam **
1 sudu makan jintan manis **
1 sudu makan jintan putih **
2 sudu makan biji ketumbar **
1 sudu makan buah pelaga **
1 sudu buah pelaga hitam (black cardamom pods) **
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh kunyit

Cara penyediaan:

1. Goreng tanpa minyak bahan2 yg bertanda ** sehingga naik bau dan angkat.
2. Kemudian kisar semua bahan sehingga hancur.
3. Simpan rempah yg telah dikisar didalam bekas yg kedap udara.

***********

Serius, baca resipi dan tengok gambar-gambar pun dah terliur, itu belum lagi membayangkan rasa nasi mandhi tu..huhu..
adoiyaaiii..!

*credit harus diberikan kepada jiran sebelah rumah iaitu*

***

No comments:

Post a Comment