Premium Beautiful Corset by Azniza Arshad

Premium Beautiful Corset by Azniza Arshad

Sunday, December 16, 2012

Al-kisahnyaaaaa...! Jom baca jap...

The truly inspired leaders in 
Green Leaders Group!

Mereka dah bawa GLAM ke satu peringkat yang luar-biasa.. I like..



&

Masa niza mula-mula lakukan online bisnes ini pun, hanyalah secara part-time sahaja sebab Niza masih bekerja. Sebelum tu, niza dah pernah juga terfikir pun nak cari side income lain seperti buka kedai dobi, alat-tulis juga kedai makan. Niza pun dah pernah survey beberapa jenis kedai online seperti nak buat bisnes cupcakes, pakaian bayi dan tudung-tudung. 
Tapi,entah macam mana, Niza tergerak hati nak jual korset Premium Beautiful pula. Itu pun secara tak sengaja sebenarnya. Mungkin sebab Niza dah pakai PB dan rasa nak sangat berkongsi manfaat dan pengalaman dengan semua.

Masa bermula tu, niza fikir, okay lah, kita cuba dulu dengan bisnes PB ni. Lagipun, hanya ada beberapa set je yang nak kena jual bagi dapat balik modal. Dan itupun, modal hanya keluar sekali sahaja seumur hidup. Tak perlu nak keluar lagi bagi bulan2 seterusnya.
So, lets go with the flow.

Tak sampai sebulan join, 2-3 set released! Itu pun secara tak sengaja. Niza takde la promote sangat sebab masih baru. Cumanya, orang tau Niza jual PB, sebab mereka tengok perubahan pada diri Niza dari pemakaian PB. So, alang-alang orang nak tau, Niza cerita je la. Dan yang lagi best, tengah bulan, Niza dapat lagi cash dekat 4.5k untuk bulan pertama bonus berniaga. 

 Masa mula-mula ber bisnes, niza memang tak target tinggi mana pun untuk jual, sekadar 1-2 set pun jadi lah kan (seminggu 1 set). Dan dari situ, dah merasa duit poket dari bisnes ni dalam RM1000 sebulan.  

Sehingga lah ke satu tahap, permintaan terhadap korset Premium Beautiful ni melebihi stok yang ada dalam tangan. Senang cerita, set Niza mmg dah habis. Macam tak percaya je ramai wanita cari produk ni.
Sebab mentaliti Niza sebelum berbisnes PB ni, 'Ada ke orang nak pakai korset'? ... Tapi, bila dah menceburi, MEMANG RAMAI YANG CARI korset sebenarnya!!! Salah satu sebab barang orang pompuan. :)

Jadi, dari situ, Niza belajar satu perkara. Jangan mudah meletakkan keputusan pada benda yang kita tak pasti. Kena bertanya dulu pada yang dah berjaya terutama sekali dalam bidang yang sama. Sebab mereka dah ada pengalaman.

Kita nak buat bisnes, nak dapat side income dari bisnes ..tapi kita sendiri dah set awal-awal yang kita akan rugi. Barang takkan terjual dan sebagainya. Walhal kita belum mencuba lagi.. ye tak? Kalau produk bagus, dah masuk TV, dah bertahan 20 tahun di pasaran, sudah semestinya ia bagus bukan? Dan akan terjual. 

Niza tak nafikan perasaan takut tu ada, terutama sekali pada yang kita baru nak mula berniaga, sebab kena keluarkan modal .. Risau tak dapat pulangan etc. Sebab itu Niza selalu tekankan, cari orang yang dah berjaya sebagai mentor kita, sebagai tempat rujukan supaya kita sama-sama berjaya.

 Juga kita kena PERCAYA pada rezeki Allah. Rezeki akan datang pada mereka yang berusaha. Setiap dari kita ni ada kelebihan masing-masing. Jadi,sentiasa besarkan kelebihan kita, dan kecilkan kelemahan. Itu nasihat mentor Niza dalam bisnes ni. Insya'Allah... kejayaan akan berpihak pada kita. 

 Nak jadi usahawan berjaya juga, wajib berani. Tapi kena berani bertempat lah yer. Niza dulu pun ada jugak takut-takut, tapi nak berjaya, kena ketepikan je semua tu. Ikut je every single step yang mentor ajar.

Mentor Niza pun bukan calang-calang. Mereka dikenali ramai , dah masuk majalah itu-ini, interview dari stesen TV dan akan muncul dalam rancangan wanita. Income pun dah melebihi 6 angka.. 
Kita ikut sahaja mereka yang dah berjaya ni... Insya'Allah..

CDM Hanis berkongsi ilmu bagaimana nak berjaya seperti beliau.

CDM Mai dan CDM Hanis dalam Bella NTV7


Niza ni, dari biasa-biasa je, tapi nak sangat berjaya macam Mai dan Hanis dalam berbisnes ni..Sehingga satu tahap, mentor yang dah berjaya dan famous ni recognize kejayaan kita. Bangga gitu...
Kita start dulu dengan 5 figure income k bulan ni.. :p

Bila makin hampir kejayaan, aura dah dapat dari pemimpin, 
Biz Partner pun makin ramai walaupun niza baru je beberapa bulan buat bisnes ni Full Time! 
dari KL - Selatan - Utara - Pantai Timur hingga ke Sabah Sarawak!


***
So, bagi Niza, pilih bisnes untuk jangka masa panjang sebab mana tau dari suka-suka boleh bertukar jadi kerjaya terus ke? macam Niza juga.

Dan juga, pilih kumpulan yang best, tepat dan betul... 
Macaaaaammm grup dibawah pimpinan Niza ni.. ye tak? :p
So, ambil peluang jadi antara yang terawal bersama-sama team Niza 
dan juga sebahagian dari kami di GLAM!

Green Leaders Academy Malaysia.
The pioneer of online marketing.


Azniza Arshad
012-2969 042

No comments:

Post a Comment