Tuesday, November 27, 2012

Owh braces.... :)


Actually,sebelum ni niza dah pernah bercerita sikit pasal pengalaman ber-braces, tapi bila niza cari..entah mana peginya, so..tetiba rasa nak share lagi sekali pengalaman niza bergigi-besi ni di blog..



Niza sebenarnya dah diperkenalkan dengan braces sejak berumur 18 tahun, tapi waktu tue dah terlepas peluang nak pakai secara 'percuma' kerana doktor kerajaan waktu itu tak 'encourage' sangat niza untuk memakai menda alah ni... tak encourage bukan sebab apa, sebabnya, dia tengok gigi niza waktu tu dalam good condition, malah dapat gred A lagi.... so,hajatku terkubur gitu sahaja..ececehh. Rasanya waktu tu bayaran rm500 je.. ha yelah..sebab adik niza pakai yg gomen punya.. tak tau lah sekarang harga masih sama ke tidak.

So, bila dah masuk zaman U..bizi belajar..bizi kawen..bizi beranak...hingga lah bizi bekerja....sampai niza pun dah terlupa lar niat lama nak pakai braces.. 

Ok,mcm mana niat tu datang balik?
Permulaanya niza cuma nak pegi tampal gigi geraham yg berlubang ni... so, punya lah dah lama tak jumpa dentist, sampai rasa kecut perut pun ada. Then,bila proses menampal gigi ni dah 'selamat' dijalankan,maka, niza pun dengan rajin nya mengajukan soalan kepada doktor mengenai braces, dan berapa kosnya.
Bila doktor dah explain, balik rumah hari tu,niza pun discuss dengan husband.. minta izin juga pada dia nak pakai benda ni sebab melibatkan ribuan ringgit.. :)

So,mcm mana permulaan pemakaian braces tue?
Ok,minggu pertama niza pakai benda ni,memang banyak limitation dari segi pemakanan dan makanan..Niza tak boleh kunyah langsung benda yang keras sikit. Contoh, daging ayam kfc yang bahagian paling lembut tu pun tak boleh nak kunyah, apetah lagi bahagian yang rangup2 tue.. memang nak menangis je rasa.. tapi kutahankan..then, nak makan apa2, semua main telan jer...tu belum masuk ulser punya cerita..hahah..tapi dont worry,benda ni sementara jer.. ^_^ ..
Even ulser tue pun doktor ada bekalkan gel...so, ikut je la arahan doktor k..

Sama juga kesnya bila doktor baru ketatkan besi pengikat ni tiap2 kali appointment. rasa sakit,susah nak kunyah tu biasa...lama2...we used to it..Niza biasanya akan layan kek secret recipe je lah pastu..huahuahua...


Apa procedure pakai bracess ni?
Biasanya,braces ni mengikut kes.. Macam niza dulu, doktor dah bgtau siap2..4 batang gigi akan dicabut...2 atas, 2 bawah..tak kira la gigi tue sihat ke tidak, mmg kena cabut.. tapi ada juga kes yang tak kena cabut.. so, benda ni bergantung pada individu... :)
So, perkara pertama bila dah buat appointment, doktor akan ambil acuan gigi dalam mulut menggunakan sejenis bahan. Itu penting sebab doktor nak kenalpasti susunan dan struktur gigi kita tue. Seterusnya, pemakaian braket dan besi... Bila setiap batang gigi .dah dipasang alat pengikat tue, gigi pun mula akan ditarik secara perlahan-lahan.

 
So far, Niza dah dekat 2 tahun lar pakai braces ni..mula-mula dulu,memang tak biasa.. nak senyum pun mcm kelakar..now, dah boleh senyum setiap masa kecuali waktu tidur.. Tang 4 batang gigi kena cabut tu, redha je la... 

ini muka waktu mula-mula ber braces.. nk tutup mulut pun susahh. lol

ini dah okay sket..rasanya bulan ke-3..masa ni 2 gigi bawah dah dicabut..

dan seterusnyaaa.....








 
ini pic yang agak the latest la (3 hari lepas..haha) ...gigi bawah dah rapat..tinggal lagi gigi atas je masih dalam proses... biasa lar,pakai braces bukan boleh takat sebulan dua..makan tahun jugak lerr....

Ok,

Kalau u all nak pakai bracess di klinik swasta.. just go ke mana2 klinik gigi yang berdekatan. Tapi kalau gomen,of coz ler kena gi klinik2 gomen kan.. Niza dulu2 biasa ke klinik kesihatan Cahaya Suria di Pasar Seni (opposite menara maybank) dan pernah juga ke klinik kesihatan gombak (dekat jalan gombak) .. u all guna GPS lah lagi senang.. ;) dan harga pulak bergantung kepada setiap klinik.. ada serendah rm2.5k.. dan ada yang sampai 10k... ikut pada kemampuan k..



3 comments:

  1. salam...boleh tahu x mase sis pakai ni umur brape??? saya ade jgk pasang niat nak pakai tapi skang mcm umo tua 31..takot2 gg makin tua makin xkuat..

    ReplyDelete
  2. salam...boleh tahu x mase sis pakai ni umur brape??? saya ade jgk pasang niat nak pakai tapi skang mcm umo tua 31..takot2 gg makin tua makin xkuat..

    ReplyDelete

  3. Hello there! This article couldn't be written much better! Looking at this post reminds me of my previous roommate! He constantly kept talking about this. I most certainly will forward this article to him. Fairly certain he will have a very good read. I appreciate you for sharing! capital one card login in

    ReplyDelete