Premium Beautiful Corset by Azniza Arshad

Premium Beautiful Corset by Azniza Arshad

Thursday, October 4, 2012

Tanggungjawab.. ;)


"If you want to be financially-free, you need to become a different person than you are today and let go of whatever has held you back in the past"

Ada logiknya jugak kata-kata ni kan..
Bayangkan, kalau kita lakukan perkara yang sama sahaja setiap hari, mcm mana pula kehidupan kita nak jadi luar biasa...mesti sama je seperti hari semalam, sebulan lepas, setahun yang lepas dan even bertahun2 lepas....

Tiada perubahan, kecuali .. yang fitrah alam je berubah.. seperti anak-anak makin membesar, usia makin meningkat, kesihatan makin merosot.. betul kan...

itu belum masuk lagi keadaan ekonomi keluarga, dengan anak-anak yang nak masuk sekolah lagi, simpanan pula tak ada dikala kecemasan, 
dan nak entertain ibu ayah lagi..takkan kita nak layan biasa-biasa je.. itu je lah ibu dan ayah yang kita ada kan.. 
memang mereka tak minta apa-apa, tapi kita sebagai anak *kalau boleh* mesti nak berikan LEBIH untuk mereka, selagi panjang umur mereka....

"Duit bukan segalanya, tapi segalanya memerlukan duit..."


Sebagai contoh lah, mesti ada antara kita yang teringin nak biaya umrah/haji untuk ibu ayah guna $$$ sendiri supaya mereka tak perlu tunggu lama utk jejakkan kaki ke Tanah Suci.
Yelah, kalau tunggu 'Q' pakej tabung haji, mau dkt 20-30 tahun lagi dr sekarang baru dapat jejakkan kaki disana.. lama tue, jgn buat main-main... even kalau nak buat rayuan pun, ibu ayah kita juga yang kena turun naik tabung haji... huhu....
Percayalah, Ibu ayah mana yang tak bangga kalau anak-anak sendiri dapat permudahkan urusan mereka untuk jejakkan kaki ke tanah suci..

Tapi itulah, kena tanya balik diri..mampu tak kita nak tunaikan semua tue sekarang? atau tahun depan?.. atau 2 tahun lagi dr skrg?
Kita pun kalau boleh taknak bila mereka dah berusia 70-80 tahun barulah dapat jejak kaki ke sana kan? Kesiann pula rasanya...

So,disini la letaknya tanggungjawab kita...
Tanggungjawab terhadap diri sendiri, juga untuk keluarga, sebagai ibu,sebagai isteri, sebagai anak kepada ibu ayah, juga sebagai sebahagian dari masyarakat untuk membantu apa yang boleh, dengan kudrat yang Allah berikan ni...

Susah sikit tak apa,sebab kita masih muda...
Tapi sanggup tak kita tengok orang-orang yang kita sayang disekeliling kita susah sebab kita sendiri pun tak dapat nak bantu?
sedih kan.....

Jadinya,
Pilihan di tangan kita. 
Kita sendiri yang tentukan..
Kalau kita yang MAHUKAN perubahan, KITA SENDIRI yang kena mulakan dulu... 
Tiada siapa yang boleh ubah melainkan diri kita sendiri..

Cuma itu lah, bila Allah dah tunjukkan peluang  dan jalan kepada Niza di dalam bisnes ni, masa umur begini..Niza rasa bersyukur sangat.. Ketika kudrat masih ada, anak-anak masih kecil, mak abah masih bernyawa... Itu semua rezeki tue..
Dan ini lah, masa terbaik untuk persiapkan segalanya.... 
Bagi Niza..biar susah sikit sekarang, yang penting masa depan tu yang kena terjamin...
Sebab niza dah nekad, taknak dah kehidupan biasa-biasa..banyak limitation....itu tak boleh, ini tak boleh.. Sebab tue lah, wajib mulakan dari sekarang...... 
Dan yang paling penting, Niza tak mahu 
*menyesal kerana terlambat*... 
;)


Just my 2cents...

No comments:

Post a Comment