Premium Beautiful Corset by Azniza Arshad

Premium Beautiful Corset by Azniza Arshad

Wednesday, October 17, 2012

Baca..baca..baca... Happy Reading olss ^_^

Petikan dari buku "55 Petua Orang Berjaya" - Good For Sharing .. ;-)

"Saya Tidak Mahu Berjaya, Saya Mahu Sangat Berjaya".
-Bertekadlah untuk tidak lagi menoleh ke bawah. Pandang keatas dan lihat puncak kejayaan yang bakal didaki oleh kita semua-


Islam Suka Orang yang Sangat Berjaya
Muhammad bin Abdullah berkata dalam hadis yang diriwayatkan Muslim maksudnya " Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah swt daripada orang mukmin yang lemah. Berlumbalah bagi memperolehi apa saja yang memberikan kemanfaatan pada mu dan mohonlah pertolongan kepada Allah dan jangan berasa lemah"

Bagaimana hendak menjadi orang yang sangat berjaya? 
Ok, few tips yang niza boleh kongsi untuk semua.. ;-)

1.Tetapkan matlamat yang tinggi - matlamat jangka panjang, sederhana dan jangka pendek.  Kemaskini matlamat setiap kali salah satu matlamat telah berjaya.. 

2. Tetapkan tumpuan - Hidup seperti permainan badminton. Ada kalanya orang mendahului lawan, tapi akhirnya dia yang tewas. Kenapa? Antara alasannya, adalah sebab hilang tumpuan.

3.Kemahiran 4M - Membaca, Mendengar, Menulis dan Membentang. Kita takkan dapat hasil yang sebenar apabila hanya memiliki sebahagian daripadanya. Sebab itu, dalam satu2 perkara, contoh dalam bisnes ni sendiri.. Niza tekankan untuk  duduk bersama untuk aplikasikan konsep 4M ni..

4.Jadilah jurulatih - Jangan kedekut ilmu. Ajarlah orang lain melakukannya. Semakin ramai orang yang kita latih, semakin hebat kemampuan diri. Itu lah fitrah alam daripada Allah swt untuk jadikan kita lebih berjaya daripada orang lain.

5.Jangan hangat-hangat tahi ayam - Elakkan tabiat ni. Kalau hendak jadi lebih baik daripada orang lain, kita perlu menjadi 'hangat-hangat seterika' kerana ia panas apabila perlu dan ia dingin apabila disimpan. 


Sharing Is Caring..

Loves, 
Azniza Arshad

No comments:

Post a Comment